SELAMAT DATANG...

KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENJADI AHLI STOKIZ UNTUK MELAYAKKAN ANDA MENDAPAT DISKAUN 10% DAN JUGA LAIN-LAIN PROMOSI DARI SEMASA KE SEMASA


019-6465550

Wednesday, January 16, 2013


PENJAGAAN BAYI


GAMBAR SEKADAR HIASAN..SEKADAR HIBURAN DISAMPING MENGAMBIL BERAT DAN MENGAMBIL PENGAJARAN TERHADAP PENJAGAAN BAYI..


































Tuesday, January 15, 2013



Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul

Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi..






Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi :)






* Riba bayi

Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.


* Dodoikan anak

Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.



* Dukung Pada Bahu



Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.












* Dukung Muka Ke Bawah


Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.



* Tepuk Bayi

Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

* Makanan Awal


Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.


* Urutan Pada Bayi


Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.
















Feel free to LIKE | SHARE | TAG :):)

Dibawakan oleh Mom's Fav Shop






Thursday, January 10, 2013


AUTUMNZ

COOLER BAG ( BUBBLES)

HARGA : RM 19.90

CARA ORDER - SILA COPY GAMBAR DAN EMAILKAN KE

 STOKIZCOLLECTION@GMAIL.COM












NOTE : 
Features:

- Holds up to 4 to 6 standard neck bottles measuring 5 oz + 3 pcs of Autumnz Reusable Ice Gel


- Tested to keep milk cold for 12 hours (with 3 pcs of Autumnz Reusable Ice Gel)



- Can be folded away neatly when not in used



REUSABLE ICE PACK (3pcs) - gel

RM23.00



CARA ORDER - SILA COPY GAMBAR DAN EMAILKAN KE

 STOKIZCOLLECTION@GMAIL.COM




Sunday, January 6, 2013

KOMUNIKASI DENGAN BAYI MELALUI TEKNIK URUTAN

Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.

Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.

Panduan teknik urutan dan sentuhan kaedah Johnson’s Baby

1. Muka
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.

2. Dada

Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.

3. Tangan

a) Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.


4. KAKI
a) Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.


b) Menggulung 
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.
5. Perut
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.

a) Roda air

Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.

b) Matahari Bulan

Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.


c) Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.


 d) I love you
I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.
U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

6. Bahagian Belakang

a) Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.

Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.Urutan bayi ini lebih daripada sekadar menenangkan bayi, malah ia merupakan medium untuk membina hubungan spiritual dan emosi yang mendalam bagi manfaat seisi keluarga.

Sentuhan mampu membentuk daya intelektual dan kemahiran motor bayi selain membantu mengawal suhu badan bayi, denyutan nadi dan cara tidur-bangun anak/sleep-wake patterns.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk berikan urutan dan sentuhan.